navi

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

PRAKATA

 ASAL USUL KASUT MANIK


Kasut manik adalah hasil kraftangan peranakan kaum Baba dan Nyonya negeri Melaka dan dikenali sebagai 'kasut manik bermuka' sejak zaman turun-temurun. Ianya dihiasi dengan manik-manik pelbagai warna dan merupakan kasut tradisi Baba dan Nyonya yang sering dipakai untuk sebarang perayaan yang diadakan. 
Jahitan kasut manik daripada tangan lebih tahan lama berbanding yang lain. Kebiasaannya, corak yang dihasilkan terhad dan hanya dikeluarkan semula jika ada permintaan pada corak yang sama. Penghasilan sepasang kasut manik mengambil masa yang agak lama.

BUDAYA KAUM BABA DAN NYONYA


Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat (kini sebahagiannya Malaysia), khususnya negeri Melaka. Golongan ini menganggap diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina yang menjadi unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya Baba terhadap sosiobudaya di persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". 
Kebanyakan mereka masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular dalam kalangan remaja. Kaum Baba dan Nyonya mempunyai keunikan dari segi budaya, agama, masakan, pakaian dan pantang larang. Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia.

FALSAFAH KASUT MANIK


Corak dan motif kasut manik kaum Baba dan Nyonya Melaka kebanyakannya terdiri daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung cenderawasih (phoniex), naga, singa, ayam dan sebagainya. 
Padanan warna yang digunakan pada manik dan pakaian wanita Nyonya mestilah sepadan dan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan mereka.



1 comment:

  1. nice blog..this information really help me..so lucky i see ur blog..

    ReplyDelete